Agensi Pembiayaan Pendidikan
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
Jenis Pembiayaan:
Pinjaman Pendidikan
Syarat Kelayakan:
Warganegara Malaysia.
Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh permohonan.
Pendapatan kasar bulanan ibu bapa atau penjaga tidak melebihi RM50,000 (selepas ditolak RM250 bagi setiap tanggungan).
Mempunyai tawaran ke IPTA/IPTS/Politeknik yang memenuhi syarat kelayakan masuk seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
Kursus pengajian mestilah mendapat kelulusan KPT dan berdaftar dengan PTPTN.
Tempoh pengajian yang berbaki semasa permohonan dibuat mestilah tidak kurang daripada satu (1) semester.
Telah membuka akaun Simpan SSPN Prime atau Simpan SSPN Plus.
Maklumat Tambahan:
Program Yang Diluluskan
Permohonan MyPTPTN
Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Jenis Pembiayaan:
Pinjaman Boleh Ubah
1. Young Talented Development Programme (YTP)
Penerangan:
YTP merupakan program penajaan berbentuk pinjaman boleh ubah khas untuk pelajar cemerlang lepasan SPM yang melanjutkan pengajian dari peringkat persediaan hingga ke Ijazah Pertama di IPT dalam atau luar negara dalam bidang terpilih.
Syarat Kelayakan:
Warganegara Malaysia berstatus Bumiputera
Pemohon dan ibu bapa tidak disenarai hitam oleh MARA
Bidang Pengajian:
Asasi Sains – Doktor Perubatan
Asasi Sains – Doktor Pergigian
Asasi Sains – Farmasi
Permohonan:
MyEduLoan (YTP)
2. Tertiary Education Sponsorship Programme (TESP)
Penerangan:
TESP ialah pinjaman pendidikan boleh ubah untuk pelajar Ijazah Pertama sepenuh masa di IPT dalam negara mengikut bidang yang ditetapkan.
Syarat Kelayakan:
Warganegara Malaysia berstatus Bumiputera
Pemohon dan ibu bapa tidak disenarai hitam oleh MARA
Bidang Pengajian:
Sarjana Muda Kejuruteraan Awam Dengan Kepujian
Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal Dengan Kepujian
Sarjana Muda Fisioterapi Dengan Kepujian
Sarjana Muda Sains Dengan Kepujian (Matematik)
Sarjana Muda Sains Forensik Dengan Kepujian
Sarjana Muda Sains Dengan Kepujian (Aktuari)
Sarjana Muda Sains Bioperubatan Dengan Kepujian
Sarjana Muda Sains Komputer Dengan Kepujian
Sarjana Muda Teknologi Maklumat Dengan Kepujian
Sarjana Muda Kejuruteraan Perisian Dengan Kepujian (Pembangunan Sistem Maklumat)
Permohonan:
MyEduLoan (TESP)
3. Graduate Excellence Programme (GREP)
Penerangan:
GREP ialah pinjaman pendidikan boleh ubah untuk graduan cemerlang lepasan Ijazah Pertama/Sarjana bagi pengajian ke peringkat Pascasiswazah (Sarjana, PhD) di IPT dalam atau luar negara dalam bidang yang ditetapkan.
Syarat Kelayakan:
Pemohon dan salah seorang ibu/bapa berstatus Bumiputera serta warganegara Malaysia
Pemohon/penjamin tidak disenarai hitam oleh MARA
Melepasi kelayakan akademik yang ditetapkan
Had umur:
Sarjana/PhD (Dalam Negara): Minimum 23 tahun & maksimum 45 tahun
Sarjana (Luar Negara): Minimum 23 tahun & maksimum 35 tahun
Bidang Pengajian:
Sarjana Kejuruteraan Awam
Sarjana Kejuruteraan Mekanikal
Sarjana Teknologi Maklumat (Sains Maklumat)
Sarjana Sains Komputer (Teknologi Perisian, Kecerdasan Buatan, Teknologi Rangkaian)
Sarjana Sains (Sains Data dan Analitik)
Sarjana Sistem Maklumat
Permohonan:
MyEduLoan (GREP)
MBSB BANK
Jenis Pembiayaan:
Pinjaman Pendidikan (Education Financing-i)
Maklumat Pembiayaan:
Konsep Pembiayaan: Berdasarkan konsep Tawarruq
Syarat Umur:
Warganegara Malaysia
18 hingga 30 tahun (untuk pelajar yang belum bekerja)
18 hingga 50 tahun (untuk pelajar yang sedang bekerja)
Layak Untuk:
Pengajian peringkat Asasi, Sijil, Pra-Universiti (contoh: A Level), Diploma, Ijazah, Sarjana, PhD
Termasuk kursus profesional
Jumlah Pembiayaan:
Minimum RM10,000
Maksimum RM250,000
Permohonan:
AFFIN ISLAMIC BANK
Jenis Pembiayaan:
Pinjaman Pendidikan (Education Financing-i)
Maklumat Pembiayaan:
Warganegara Malaysia berumur 18 hingga 45 tahun
Terbuka kepada pelajar di peringkat:
Asasi, Sijil, Pra-Universiti (contoh: A-Level), Diploma, Ijazah, Sarjana, PhD
Kursus Profesional
Terpakai untuk pelajar institusi yang dilantik sahaja
Jumlah Pembiayaan:
Sehingga RM400,000
Sehingga RM600,000 untuk kursus Perubatan, Kejuruteraan dan Penerbangan sahaja
Permohonan:
BANK RAKYAT
Jenis Pembiayaan:
Pinjaman Pendidikan (Education Financing-i)
Maklumat Pembiayaan:
Menggunakan konsep Tawarruq
Terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 18 hingga 70 tahun
Jumlah pembiayaan sehingga RM1,000,000
Permohonan:
YAYASAN KHAZANAH
Jenis Pembiayaan:
Biasiswa
1. Khazanah Watan Scholarship Programme
Biasiswa berprestij untuk pelajar Malaysia cemerlang bagi pengajian Foundation, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, atau PhD di universiti tempatan terpilih.
Calon mesti menunjukkan kemahiran kepimpinan yang tinggi dan penglibatan aktif dalam aktiviti kokurikulum, sosial, atau sukarela.
Mesti mempunyai rekod akademik yang konsisten dan cemerlang seperti yang ditetapkan.
Bidang Pengajian:
Art & Humanities
Engineering & Technology
Life Sciences
Natural Sciences
Social Sciences & Management
Permohonan:
Khazanah Watan Scholarship Programme
2. Khazanah Lestari Scholarship Programme
Terbuka kepada warganegara Malaysia yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dan ingin menyambung pengajian Sarjana di universiti yang diluluskan.
Had umur permohonan: tidak melebihi 60 tahun pada tarikh pendaftaran untuk program Sarjana.
Bidang Pengajian:
Community Development
Sustainable Development
Health Community Development
Natural Resource Management
Law, Social Justice
Poverty Reduction
Migration
Gender Studies
Climate Change
Food Security
Renewable Energy
Urbanisation
Human Rights
Governance
International Relations
Dan banyak lagi
Permohonan:
Khazanah Lestari Scholarship Programme
PEMBIAYAAN PENDIDIKAN – SEKSYEN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN NEGERI KEDAH (SPPNK)
Jenis Pembiayaan:
Pinjaman Boleh Ubah
Maklumat Pembiayaan:
Merupakan bantuan kewangan untuk anak-anak Kedah yang layak melanjutkan pengajian Sijil (selain SVM), Diploma, atau Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa di IPTA atau IPTS dalam negara.
Kadar pinjaman:
RM2,500 setahun untuk peringkat Sijil
RM4,500 setahun untuk Diploma
RM6,500 setahun untuk Ijazah Sarjana Muda
RM7,500 setahun untuk pengajian di UniSHAMS
Pembiayaan akan disalurkan terus ke akaun pelajar setiap semester.
Syarat Kelayakan:
Pemohon ATAU ibu/bapa dilahirkan di Negeri Kedah
Warganegara Malaysia
Bermastautin dan menetap di Kedah sekurang-kurangnya 2 tahun
(Alamat pada surat tawaran IPT dan disahkan oleh Penghulu Mukim/Imam Kariah Negeri Kedah)
Institusi Pengajian Yang Layak:
Sijil di semua Kolej Komuniti/Politeknik/IPT Tempatan
(Kecuali: Sijil Vokasional Malaysia, Sijil Matrikulasi, Sijil Asasi, Sijil Kejururawatan)Diploma Pertama di Kolej Komuniti/Politeknik/IPT Tempatan
Ijazah Pertama (Sarjana Muda) di semua Universiti Awam Tempatan
Ijazah Pertama di IPTS terpilih berikut:
Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS)
Asian Institute of Medicine Science and Technology (AIMST)
Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM)
Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK)
TATI University College / Terengganu Advanced Technical Institute
Universiti Selangor (UNISEL)
Institut Pertanian (Jabatan Pertanian Malaysia sahaja)
Permohonan:
iPINJAM – SPPNK
YAYASAN PAHANG
Jenis Pembiayaan:
Pinjaman Pendidikan
Maklumat Permohonan:
Permohonan dibuka dua (2) kali setahun melalui laman web dan media sosial Yayasan Pahang.
Kelayakan sebagai Anak Negeri Pahang Darul Makmur:
Pemohon atau ibu/bapa dilahirkan di Negeri Pahang; ATAU
Jika pemohon dan ibu bapa dilahirkan di luar Pahang tetapi telah bermastautin lebih 10 tahun dan berhasrat untuk terus menetap di Pahang, surat pengesahan daripada Penghulu Mukim/Ketua Kampung diperlukan.
Pemohon yang ibubapanya bukan warganegara Malaysia TIDAK LAYAK memohon.
Bidang Pengajian Yang Layak:
Ijazah Sarjana Muda:
Farmasi
Kejuruteraan & Teknologi
Ekonomi & Kewangan Islam
Perakaunan / Persijilan Profesional (Perakaunan)
TESL
Pertanian dan Industri Halal
Pelancongan & Warisan
Sains Data
Kepintaran Buatan (Artificial Intelligence)
Automasi & Robotik
E-Dagang
Pemasaran Digital
Sarjana / Kedoktoran (PhD):
Semua bidang pengajian di 20 IPTA (sepenuh masa atau separuh masa)
Permohonan:
Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang
Yayasan Selangor
Jenis Pembiayaan:
Pinjaman Pendidikan
Kelayakan Permohonan:
Terbuka kepada pengajian peringkat Ijazah/Diploma di IPTA/IPTS tempatan secara sepenuh masa yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
Warganegara Malaysia
Salah satu syarat berikut mesti dipenuhi:
Pemohon lahir di Negeri Selangor; atau
Ibu atau bapa lahir di Negeri Selangor; ATAU
Lahir di Wilayah Persekutuan sebelum 1 Februari 1974 dan telah bermastautin lebih dari 10 tahun di Selangor. Perlu ada pengesahan rasmi daripada ADUN / Penghulu / Pengerusi JKKK / Ketua Kampung.
Pemohon belum menerima penajaan dari mana-mana penaja lain.
Permohonan:
PINJAMAN PELAJARAN – Yayasan Selangor
INSENTIF SISWA YAYASAN PERAK (INSISYP)
Jenis Bantuan:
Bantuan kewangan “one-off”
Kelayakan Permohonan:
Bantuan ini merupakan bantuan permulaan secara one-off kepada pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat Universiti/IPT dalam dan luar negara.
Terbuka kepada anak kelahiran Negeri Perak.
Terhad kepada pelajar yang:
Mendaftar pengajian sepenuh masa atau separuh masa pada semester pertama dan tahun pertama sahaja
Di peringkat:
Sijil
Sijil & Diploma Vokasional
Diploma
Diploma Lanjutan
Ijazah Sarjana Muda
Permohonan:
Insentif Siswa Yayasan Perak (INSISYP)