Agensi Pembiayaan Pendidikan

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

Jenis Pembiayaan:
Pinjaman Pendidikan

Syarat Kelayakan:

  • Warganegara Malaysia.

  • Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh permohonan.

  • Pendapatan kasar bulanan ibu bapa atau penjaga tidak melebihi RM50,000 (selepas ditolak RM250 bagi setiap tanggungan).

  • Mempunyai tawaran ke IPTA/IPTS/Politeknik yang memenuhi syarat kelayakan masuk seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

  • Kursus pengajian mestilah mendapat kelulusan KPT dan berdaftar dengan PTPTN.

  • Tempoh pengajian yang berbaki semasa permohonan dibuat mestilah tidak kurang daripada satu (1) semester.

  • Telah membuka akaun Simpan SSPN Prime atau Simpan SSPN Plus.

Maklumat Tambahan:

  • Program Yang Diluluskan

  • Permohonan MyPTPTN

Jenis Pembiayaan:

Pinjaman Boleh Ubah


1. Young Talented Development Programme (YTP)

Penerangan:
YTP merupakan program penajaan berbentuk pinjaman boleh ubah khas untuk pelajar cemerlang lepasan SPM yang melanjutkan pengajian dari peringkat persediaan hingga ke Ijazah Pertama di IPT dalam atau luar negara dalam bidang terpilih.

Syarat Kelayakan:

  • Warganegara Malaysia berstatus Bumiputera

  • Pemohon dan ibu bapa tidak disenarai hitam oleh MARA

Bidang Pengajian:

  1. Asasi Sains – Doktor Perubatan

  2. Asasi Sains – Doktor Pergigian

  3. Asasi Sains – Farmasi

Permohonan:
MyEduLoan (YTP)


2. Tertiary Education Sponsorship Programme (TESP)

Penerangan:
TESP ialah pinjaman pendidikan boleh ubah untuk pelajar Ijazah Pertama sepenuh masa di IPT dalam negara mengikut bidang yang ditetapkan.

Syarat Kelayakan:

  • Warganegara Malaysia berstatus Bumiputera

  • Pemohon dan ibu bapa tidak disenarai hitam oleh MARA

Bidang Pengajian:

  1. Sarjana Muda Kejuruteraan Awam Dengan Kepujian

  2. Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal Dengan Kepujian

  3. Sarjana Muda Fisioterapi Dengan Kepujian

  4. Sarjana Muda Sains Dengan Kepujian (Matematik)

  5. Sarjana Muda Sains Forensik Dengan Kepujian

  6. Sarjana Muda Sains Dengan Kepujian (Aktuari)

  7. Sarjana Muda Sains Bioperubatan Dengan Kepujian

  8. Sarjana Muda Sains Komputer Dengan Kepujian

  9. Sarjana Muda Teknologi Maklumat Dengan Kepujian

  10. Sarjana Muda Kejuruteraan Perisian Dengan Kepujian (Pembangunan Sistem Maklumat)

Permohonan:
MyEduLoan (TESP)


3. Graduate Excellence Programme (GREP)

Penerangan:
GREP ialah pinjaman pendidikan boleh ubah untuk graduan cemerlang lepasan Ijazah Pertama/Sarjana bagi pengajian ke peringkat Pascasiswazah (Sarjana, PhD) di IPT dalam atau luar negara dalam bidang yang ditetapkan.

Syarat Kelayakan:

  • Pemohon dan salah seorang ibu/bapa berstatus Bumiputera serta warganegara Malaysia

  • Pemohon/penjamin tidak disenarai hitam oleh MARA

  • Melepasi kelayakan akademik yang ditetapkan

  • Had umur:

    • Sarjana/PhD (Dalam Negara): Minimum 23 tahun & maksimum 45 tahun

    • Sarjana (Luar Negara): Minimum 23 tahun & maksimum 35 tahun

Bidang Pengajian:

  1. Sarjana Kejuruteraan Awam

  2. Sarjana Kejuruteraan Mekanikal

  3. Sarjana Teknologi Maklumat (Sains Maklumat)

  4. Sarjana Sains Komputer (Teknologi Perisian, Kecerdasan Buatan, Teknologi Rangkaian)

  5. Sarjana Sains (Sains Data dan Analitik)

  6. Sarjana Sistem Maklumat

Permohonan:
MyEduLoan (GREP)

Jenis Pembiayaan:

Pinjaman Pendidikan (Education Financing-i)


Maklumat Pembiayaan:

  • Konsep Pembiayaan: Berdasarkan konsep Tawarruq

  • Syarat Umur:

    • Warganegara Malaysia

    • 18 hingga 30 tahun (untuk pelajar yang belum bekerja)

    • 18 hingga 50 tahun (untuk pelajar yang sedang bekerja)

  • Layak Untuk:

    • Pengajian peringkat Asasi, Sijil, Pra-Universiti (contoh: A Level), Diploma, Ijazah, Sarjana, PhD

    • Termasuk kursus profesional

  • Jumlah Pembiayaan:

    • Minimum RM10,000

    • Maksimum RM250,000

Permohonan:

MBSB Bank Education Financing-i

Jenis Pembiayaan:

Pinjaman Pendidikan (Education Financing-i)


Maklumat Pembiayaan:

  • Warganegara Malaysia berumur 18 hingga 45 tahun

  • Terbuka kepada pelajar di peringkat:

    • Asasi, Sijil, Pra-Universiti (contoh: A-Level), Diploma, Ijazah, Sarjana, PhD

    • Kursus Profesional

  • Terpakai untuk pelajar institusi yang dilantik sahaja

  • Jumlah Pembiayaan:

    • Sehingga RM400,000

    • Sehingga RM600,000 untuk kursus Perubatan, Kejuruteraan dan Penerbangan sahaja


Permohonan:

Affin Bank Education Financing-i

Jenis Pembiayaan:

Pinjaman Pendidikan (Education Financing-i)


Maklumat Pembiayaan:

  • Menggunakan konsep Tawarruq

  • Terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 18 hingga 70 tahun

  • Jumlah pembiayaan sehingga RM1,000,000


Permohonan:

Bank Rakyat Education Financing-i

Jenis Pembiayaan:

Biasiswa


1. Khazanah Watan Scholarship Programme

  • Biasiswa berprestij untuk pelajar Malaysia cemerlang bagi pengajian Foundation, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, atau PhD di universiti tempatan terpilih.

  • Calon mesti menunjukkan kemahiran kepimpinan yang tinggi dan penglibatan aktif dalam aktiviti kokurikulum, sosial, atau sukarela.

  • Mesti mempunyai rekod akademik yang konsisten dan cemerlang seperti yang ditetapkan.

Bidang Pengajian:

  • Art & Humanities

  • Engineering & Technology

  • Life Sciences

  • Natural Sciences

  • Social Sciences & Management

Permohonan:
Khazanah Watan Scholarship Programme


2. Khazanah Lestari Scholarship Programme

  • Terbuka kepada warganegara Malaysia yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dan ingin menyambung pengajian Sarjana di universiti yang diluluskan.

  • Had umur permohonan: tidak melebihi 60 tahun pada tarikh pendaftaran untuk program Sarjana.

Bidang Pengajian:

  • Community Development

  • Sustainable Development

  • Health Community Development

  • Natural Resource Management

  • Law, Social Justice

  • Poverty Reduction

  • Migration

  • Gender Studies

  • Climate Change

  • Food Security

  • Renewable Energy

  • Urbanisation

  • Human Rights

  • Governance

  • International Relations

  • Dan banyak lagi

Permohonan:
Khazanah Lestari Scholarship Programme

Jenis Pembiayaan:

Pinjaman Boleh Ubah


Maklumat Pembiayaan:

  • Merupakan bantuan kewangan untuk anak-anak Kedah yang layak melanjutkan pengajian Sijil (selain SVM), Diploma, atau Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa di IPTA atau IPTS dalam negara.

  • Kadar pinjaman:

    • RM2,500 setahun untuk peringkat Sijil

    • RM4,500 setahun untuk Diploma

    • RM6,500 setahun untuk Ijazah Sarjana Muda

    • RM7,500 setahun untuk pengajian di UniSHAMS

  • Pembiayaan akan disalurkan terus ke akaun pelajar setiap semester.


Syarat Kelayakan:

  • Pemohon ATAU ibu/bapa dilahirkan di Negeri Kedah

  • Warganegara Malaysia

  • Bermastautin dan menetap di Kedah sekurang-kurangnya 2 tahun

    • (Alamat pada surat tawaran IPT dan disahkan oleh Penghulu Mukim/Imam Kariah Negeri Kedah)


Institusi Pengajian Yang Layak:

  1. Sijil di semua Kolej Komuniti/Politeknik/IPT Tempatan
    (Kecuali: Sijil Vokasional Malaysia, Sijil Matrikulasi, Sijil Asasi, Sijil Kejururawatan)

  2. Diploma Pertama di Kolej Komuniti/Politeknik/IPT Tempatan

  3. Ijazah Pertama (Sarjana Muda) di semua Universiti Awam Tempatan

  4. Ijazah Pertama di IPTS terpilih berikut:

    • Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS)

    • Asian Institute of Medicine Science and Technology (AIMST)

    • Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM)

    • Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK)

    • TATI University College / Terengganu Advanced Technical Institute

    • Universiti Selangor (UNISEL)

    • Institut Pertanian (Jabatan Pertanian Malaysia sahaja)


Permohonan:
iPINJAM – SPPNK

Jenis Pembiayaan:

Pinjaman Pendidikan


Maklumat Permohonan:

  • Permohonan dibuka dua (2) kali setahun melalui laman web dan media sosial Yayasan Pahang.

  • Kelayakan sebagai Anak Negeri Pahang Darul Makmur:

    1. Pemohon atau ibu/bapa dilahirkan di Negeri Pahang; ATAU

    2. Jika pemohon dan ibu bapa dilahirkan di luar Pahang tetapi telah bermastautin lebih 10 tahun dan berhasrat untuk terus menetap di Pahang, surat pengesahan daripada Penghulu Mukim/Ketua Kampung diperlukan.

    3. Pemohon yang ibubapanya bukan warganegara Malaysia TIDAK LAYAK memohon.


Bidang Pengajian Yang Layak:

Ijazah Sarjana Muda:

  1. Farmasi

  2. Kejuruteraan & Teknologi

  3. Ekonomi & Kewangan Islam

  4. Perakaunan / Persijilan Profesional (Perakaunan)

  5. TESL

  6. Pertanian dan Industri Halal

  7. Pelancongan & Warisan

  8. Sains Data

  9. Kepintaran Buatan (Artificial Intelligence)

  10. Automasi & Robotik

  11. E-Dagang

  12. Pemasaran Digital

Sarjana / Kedoktoran (PhD):

  • Semua bidang pengajian di 20 IPTA (sepenuh masa atau separuh masa)


Permohonan:
Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang

Jenis Pembiayaan:

Pinjaman Pendidikan


Kelayakan Permohonan:

  • Terbuka kepada pengajian peringkat Ijazah/Diploma di IPTA/IPTS tempatan secara sepenuh masa yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

  • Warganegara Malaysia

  • Salah satu syarat berikut mesti dipenuhi:

    • Pemohon lahir di Negeri Selangor; atau

    • Ibu atau bapa lahir di Negeri Selangor; ATAU

    • Lahir di Wilayah Persekutuan sebelum 1 Februari 1974 dan telah bermastautin lebih dari 10 tahun di Selangor. Perlu ada pengesahan rasmi daripada ADUN / Penghulu / Pengerusi JKKK / Ketua Kampung.

  • Pemohon belum menerima penajaan dari mana-mana penaja lain.


Permohonan:
PINJAMAN PELAJARAN – Yayasan Selangor

Jenis Bantuan:

Bantuan kewangan “one-off”


Kelayakan Permohonan:

  • Bantuan ini merupakan bantuan permulaan secara one-off kepada pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat Universiti/IPT dalam dan luar negara.

  • Terbuka kepada anak kelahiran Negeri Perak.

  • Terhad kepada pelajar yang:

    • Mendaftar pengajian sepenuh masa atau separuh masa pada semester pertama dan tahun pertama sahaja

    • Di peringkat:

      • Sijil

      • Sijil & Diploma Vokasional

      • Diploma

      • Diploma Lanjutan

      • Ijazah Sarjana Muda


Permohonan:
Insentif Siswa Yayasan Perak (INSISYP)

Scroll to Top
× How can I help you?